![]() |
| Akhi Nosa Iskandar |
Semua yang tercatat dalam blog ini akan dijadikan bahan sejarah satu masa nanti. Biarlah generasi anak cucu kita akan dapat menatap apa yang telah kita lakukan terhadap masyarakat penghuni di Pangsapuri B2 sejak 2018 apabila kita menubuhkan Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai ini.
Kita juga mahu anak cucu kita mewarisi dan meneruskan apa yang telah kita perjuangkan. Dengan sebab itu kita mahu agar kita dapat menyediakan satu landasan yang akan dijejaki oleh generasi pewaris kita itu. Kita mahu mereka akan tahu apa yang wajar dan apa yang tidak wajar dilakukan.
Sesungguhnya apa yang ada sekarang amat berbeza dengan apa yang terdahulu. Esok tidak akan sama seperti hari ini. Jadi, sebagai pemimpin kita harus bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan-kemungkinan kerana semuanya tidak akan sama dengan apa yang telah dan akan kita lalui.
Yang perlu adalah semangat dan kegigihan. Kalau kita tidak cukup semangat dan tiada pula kegigihan bagaimana kita akan mengharungi masadepan yang pastinya tidak akan sama dengan apa yang telah kita lalui.
Dulu kita berhadapan dengan zaman pemerintah BN yang kita dapat lihat banyak yang permasaalahn yang timbul, tahun 2018 kita telah memilih Pakatan Harapan demi sebuah kehidupan yang diharapkan cerah tetapi kita pula dapat menyaksikan bermacam keadaan yang timbul tetapi ianya masih baru untuk diberikan penilaian. Jadi, sabagai rakyat biasa kita kena buat perbandingan antara kerajaan yang dulu dengan kerajaan yang usianya tidak sampai pun setahun jagung. Apa pun kita mengharapkan agar kerajaan yang ada akan dapat memperbaiki prestasi mereka kepada yang lebih cemerlang dalam menangani masaalah rakyat.
Dalam pada itu kita juga harus bersedia menghadapi pelbagai kerenah yang bakal di timbulkan oleh ahli-ahli yang pastinya ramai. Tetapi pada waktu yang sama kita juga seharusnya bersedia dengan pelbagai ragam penghuni yang akan mempertikaikan faedah-faedah yang akan mereka perolehi bila menjadi ahli. Pasti akan ada yang bertanya dengan membayar yuran tahunan sebanyak RM10.00 setahun dan pendaftaran sebanyak RM5.00 apa yang mereka dapat. Itu pasti akan ada rungutan dari penghuni- penghuni, perlahan-lahan kita akan tunjukkan kepada mereka apakah faedah yang akan mereka dapat dengan menjadi ahli persatuan yang kita tubuhkan ini.
Cuma kita akan berasa syukur bila penghuni-penghuni telah terdedah dengan dunia luas. Tahu guna apanya persatuan?. Maka mungkin akan lebih mudah untuk kita berhadapan dengan penghuni-penghuni seperti ini. Dan kita seharusnya bersedia mengikut rentak dan ragam mereka sehingga mereka merasakan bahawa berpersatuan itu banyak faedah dan untungnya.

Itulah yang menjadi harapan kita semua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan