Selasa, 5 Mac 2019

PERANG TERHADAP WABAK DENGGI

Desa Lembah Permai adalah sebuah kawasan perumahan yang telah mencatatkan wabak denggi tertinggi di Selangor. Terdapat 85 kes yang telah di kenalpasti telah menjangkiti penduduk di lokaliti yang terbabit.

Lantaran itu maka Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri fokus untuk mencari jalan menentang ancaman wabak berkenaan. Begitu juga Ngo-Ngo yang terdapat di kawasan terlibat agar mengambil inisiatif agar melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh membantu kearah menentang wabak yang merbahaya itu.

Oleh yang demikian maka Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Ahli Majlis Zon 11 MPAJ Puan Salmah Ismail untuk menyampaikan Bunga Perangkap Nyamuk atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai "Flower Mosqtrap" kepada penghuni-penghuni di Blok B2 Desa Lembah Permai.

YB. Puan Hajjah Haniza  Talha
Akhirnya dengan rundingan dalam waktu yang singkat maka Jawatankuasa Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai telah mengambil keputusan menganjurkan Majlis Penyampaian Bunga Perangkap Nyamuk atau Flower Mosqtrap itu pada 3 Mac 2019 dengan penyampaiannya dilaksanakan oleh YB. Puan Hajjah Haniza Talha, Ahli Undangan Negeri Lembah Jaya jam 3 petang.

Seramai 50 orang penghuni telah dipilih bagi menerima bunga tersebut dalam majlis di Dewan Baru B2 yang baru di bena dengan inisiatif penduduk sendiri. Dalam ucapannya Hajjah Haniza Talha mengingatkan bahawa penghuni-penghuni di Desa Lembah Permai kenalah menjaga kebersihan dan melakukan apa yang di peringatkan oleh pihak Jabatan Kesihatan bagi mengelakkan wabak denggi yang merbahaya ini terutama denggi berdarah yang boleh meragut nyawa orang yang dijangkitinya. Puan Salmah Ismail pula dalam ucapannya menyatakan penghuni-penghuni harus punyai kesedaran yang tinggi dalam usaha memerangi wabak yang merbahaya itu. Dia mengingatkan bahawa tingginya catatan kes wabak denggi dikawasan Desa Lembah Permai ini hanya akan dapat di benteras dengan kerjasama penduduk setempat.

"Jangan biarkan air bertakung walau sedikit pun sebab Nyamuk Denggi ini boleh membiak di dalam air yang sedikit walaupun hanya sekadar satu sudu kecil sahaja". Walau bagaimana pun pihak MPAJ akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa, ujarnya lagi.

Majlis tersebut telah tamat sekitar jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh kira-kira 85 orang penghuni tetapi yang hanya 50 orang sahaja yang menerima Flower Mosqtrap pada kali ini.

Dibawah ini di turun carta yang menunjukkan kawasan Desa Lembah Permai ini di catatkan dengan warna merah sebagai statusnya.


Jawatankuasa Persatuan Penghuni B2 ini juga akan mengaturkan suatu gotong royong dengan Team Selangor pada 31 Februari 2019 akan datang ini. Perbincangan sudah dimulakan dengan mengadakan mesyuarat bersama pada malam 3 Mac iaitu pada hari yang sama dengan program penyampaian Flower Mosqtrap di siang harinya.






Sementara itu mereka yang telah menerima Flower Mosqtrap akan dikunjungi oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Kesihatan setiap 2 minggu bagi memastikan bahawa alat perangkap nyamuk yang baru di uji itu benar-benar berkesan. Yang telah menerima Flower Mosqtrap itu kena baca penerangan yang dilekatkan pasu bunga tersebut. Jawatankuasa juga mengingatkan kepada yang muslim buatlah solat hajat agar Wabak Denggi ini akan terus terhapus dari Desa Lembah Permai ini. Dan kepada penghuni-penghuni diharap dapat menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ditugaskan dalam gerak-kerja membanteras wabak denggi ini. Jangan sampai maut menjemput disebabkan denggi baru nak bertindak. Kepada Jawatankuasa silalah ingatkan jiran-jiran di aras masing-masing agar tidak memandang ringan masaalah ini kerana wabak ini cepat merebak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DEMO BANTAH JALAN DI TUTUP OLEH MUAFAKAT

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan s...