Pada 20 November 2019 telah di tubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang, Selangor. Ianya tercetus apabila Mesyuarat Agung Pengurusan Bangunan (JMB) pada 16 November 2018 gagal dilaksanakan dengan sempurna maka langsung penghuni-penghuni yang punyai wawasan menubuhkan Jawatan-kuasa Bertindak yang di pengerusikan oleh Saudara Aziz Zain dan Puan Dhavi sebagai Setiausahanya. Dibelakang tabir Akhi turut membantu untuk merealisasikan pertemuan penghuni-penghuni itu.
 |
| Pertemuan Penghuni yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak pada 20 November 2018 |
Kenapa tidak sempurna Mesyuarat Agung Pengurusan Bangunan + Penghuni pada 16 November 2018 itu? Kerana kesombongan pihak pengurusan yang tidak mahu mendengar pendapat dari penghuni yang hadir, penyata kewangan tanpa odit yang di bentang dalam mesyuarat itu tetap mau di luluskan walau dibantah. Lalu rasa tidak puashati terus menguasai hati sesetengah dari penghuni yang hadir. Malah ada yang meninggalkan majlis apabila teguran mereka tidak di pedulikan.
Itulah suasana yang terjadi tetapi Alhamdullillah kerana kerosakan itu, hikmah dari ketidaksempurnaan mesyuarat tersebut adalah kewujudan sebuah komuniti yang akan dimantapkan dengan kelahiran sebuah persatuan yang akan memberikan cahaya kebajikan untuk semua penghuni-penghuni yang sudah hampir 12 tahun tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Apakah benar hampir 12 tahun kehidupan disini terbiar begitu saja?. Itulah yang Akhi dengar dari penduduk yang telah lama bermastautin di sini. Walaupun pada awal pangsapuri dihuni dengar kabarnya ada persatuan ditubuhkan tetapi kerana tidak ada yang berpengalaman untuk mengendalikannya maka lenyaplah ia begitu sahaja. Semoga persatuan yang baru di tubuhkan ini akan terus segar hidup berpanjangan. Tetapi kena ada ramuan yang membolehkan ianya terus ada jiwa dan ada nyawa, tidak berkubur tanpa nesan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Apakah ramuannya? Ramuannya adalah ilmu dan kesatuan hati pengendali-pengendali atau para pengurusnya @ pemimpin-pemimpinnya?
Apakah boleh? Itu tertakluk kepada kepimpinan yang ada. Kena ada keinsafan bahawa kita ada hamba Allah yang seharusnya ada iman dan ada keikhlasan. Ada prinsip dan ada etika. Ada kekuatan jiwa dan semangat. Jangan terus mundur kalau tidak di pedulikan di awal penubuhan persatuan ini atau jika ada sesuatu tidak selari dengan kehendak selera kita. Memang akan ada yang cengkal atau degil apabila kita mahu menganjurkan sesuatu. Tapi kita tidak boleh lemah menghadapinya. Jangan sampai kita ditertawakan apabila persatuan yang ingin kita bina ini akan hancur atau lenyap dipertengahan jalan. Pada Akhi, selalunya ketidakjujuran atau tiada ilmu pengurusan khususnya mengenai pengurusan persatuan, itu akan membuatkan persatuan akan terus beku tidak bergerak. Sementara pemimpin yang jujur dan ikhlas walaupun tak pandai berucap atau mengendalikan mesyuarat dan acara-acara yang berkaitan akan menjadikan sebuah persatuan itu kekal bernyawa dalam waktu yang lama malah ianya akan lebih lama dari siapa yang menubuhkannya. Ada kesinambungan, walau lama telah ditubuhkan tapi kekal bernyawa walaupun yang menubuhkan telah pergi buat selamanya. Hanya kejujuran dan keikhlasan serta ilmu sahaja boleh memantapkan sesebuah persatuan.
Kita kena Istiqamah dan berjiwa kental dalam menghadapi setiap kerenah penghuni di pangsapuri ini. Memang ada enggan bila diminta menjadi Ahli tetapi kita kena sabar dan berikan penjelasan atau pencerahan agar mereka sedia dengan relahati menjadi ahli.
 |
Setiausaha Penaja Jawatan
kuasa Bertindak sekarang
Naib Pengerusi Penaja |
Ada rekod yang boleh kita jadikan sebagai kekuatan untuk meneruskan penubuhan persatuan yang kukuh dipangsapuri ini. Ada rekod bahawa hanya dengan 3 hari persediaan yang tidak ada notis panjang atau lama kita berikan tetapi kehadiran atau tindakbalas tidak mengecewakan. Kita hantar jemputan atau notis pada 17 November 2018 untuk pertemuan penghuni pada 20 November 2018 tetapi Alhamdulillah hanya 3 hari tetapi yang hadirnya hampir 200 orang penghuni. Kehadiran yang amat kita harap dan banggakan. Lalu suatu resolusi kita disepakati agar persatuan ini ditubuhkan.
Kesepakatan ini diteruskan dengan pendaftaran ke Pendaftar Pertubuhan. Tetapi pendaftarannya agak sukar sebab dulu lain caranya tapi kini sudah lain pula caranya. Dulu terus hantar permohonan ke R.O.S (Registrar of Society) dan maklumat2 yang diperlukan tidak sesulit seperti sekarang ini. Sekarang kena lengkap dengan tempat dan tarikh lahir setiap Ahli Jawatankuasa Penaja dan siap dengan email serta lain-lain maklumat masing-masing. Itu menyebabkan Akhi terus saja ke R.O.S di Putrajaya dan berkomunikasi langsung dengan pegawai-pegawai yang ada disana. Waktu di Putrajaya itu kebetulan Akhi terjumpa seorang kawan yang kebetulan mengenali Akhi, dia rupa-rupanya amat berminat dengan politik semasa langsung menyatakan
'kesediaan untuk membantu' dan pejabat beliau pula hanya di Cawangan Damansara. Lalu dengan beliaulah Akhi menyudahi segala keperluan untuk persatuan ini didaftarkan kerana ada persamaan antara kami, sama-sama berminat tentang politik semasa.
 |
| Saudara Bahran Mohd Yatim |
Mesyuarat Penubuhan pada 20 November itu telah melantik Saudara Abdul Aziz Zain, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sebagai Pengerusi Penaja persatuan dan Puan Dhavi A/P Ponnan, Saudara Jamil Idris, Saudara Bahran Mohd Yatim pula telah di amanahkan sebagai Naib Pengerusinya. Tetapi Jawatan-kuasa Penaja itu terpaksa di rombak kerana setelah hampir di luluskan, Saudara Abd Aziz Zain pula telah meletakkan jawatan sebulan kemudian, keadaan ini membuatkan satu mesyuarat terpaksa diadakan dan Saudara Abdul Aziz Mohd Zain terpaksa digantikan dengan Saudara Bahran Mohd Yatim sebagai Pengerusi serta Puan Dhavi dikekalkan sebagai Naib Pengerusi, Setiausaha serta Penolongnya adalah Akhi Nosa Iskandar dan Puan Juni Susantie Herman, Mohd Norshahmiran pula dipilih sebagai Bendahari. Saudara Jamil Idris pula pula tidak dipilih semula kerana tiada komitmen sejak mutakhir ini sejak Saudara Aziz Zain meletakkan jawatan.
Jawatankuasanya adalah Saudara Zakaria Sirat (JK Khas), Suhaime Shamsuddin, Ramzi Ahmad, Siti Kalsom Abdullah, Hissham Ismail, Zainalabidin Ali, Wak Amin Kobro, Amiruddin Hashim, James Raj, Razali Mustapa, Fadlullah Ibrahim, Muhammad Nizam Bakar serta Paramespry A/P Samikanoo.
 |
| Beberapa siri mesyuarat membincangkan perkembangan2 persatuan |
Sementara Unit Gerak Muda di ketuai oleh Mohd Shamsuri Roni, Timbalannya Khairul Hakimi Mohd Hanafiah dengan Setiausahanya Cik S. Ashwini. Unit Gerak Wanitanya pula di ketuai Puan Lili Marlina Jusoh dan Timbalannya Siti Rosmah Shapia'ai. Unit Gerak Muda dan Wanita persatuan akan mengadakan mesyuarat bagi melengkapkan Barisan Jawatankuasa masing-masing dalam masa terdekat.
Sebagai Pengasas Persatuan ini kami Jawantankuasa berharap agar ianya akan teguh bersatu dan kekal abadi pertumbuhannya.....
Teguh Akarnya Menunjangi Bumi
Pucuk Menegak Menerjah Awan
Teguhkan Prinsip Bela Pertiwi
Langkah Di Atur Gerak Pahlawan