Jumaat, 8 Mac 2019

DEWAN BARU DIBANGUNKAN UNTUK KEMUDAHAHAN PENGHUNI

Oleh kerana tiadanya tempat beriadah dan bermesyuarat maka penghuni-penghuni telah mengambil inisiatif sendiri membangunkan dewan kecil untuk bermesyuarat dan beriadah. Dewan MPAJ yang sedia ada tidak dapat digunakan sewenang-wenangnya oleh masyarakat setempat, perlu mohon kebenaran dan membayar sewa.

Para remaja yang masih bersekolah dan kanak-kanak yang ingin beraktiviti tiada tempat yang boleh mereka menjalankan aktiviti dan bermain dengan selesa dan menjadikan mereka tidak dapat membesar dalam suasana yang baik maka Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penghuni B2 dengan kerjasama jawatankuasa Persatuan Muafakat Penduduk Lembah Jaya Utara mengambil keputusan membangunkan dewan tersebut. 

Beberapa pendekatan diambil setelah beberapa rundingan dibuat. Akhirnya suatu muafakat telah disepakati membangunkan dewan tersebut dengan membuat pinjaman peribadi kepada beberapa Ahli dan Ahli Jawatankuasa serta ada juga yang sedia memberikan sumbangan, sementara itu sumbangan dari pihak yang berwajib juga akan di buat permohonan.
Pelan pun dah disiapkan, dengan bajet yang agak sederhana iaitu sekitar RM70,000 ke RM85,000 dengan keluasan 45' x 30' dengan Saudara Zainalabidin Ali diangkat bagi menjadi Pengerusi Jawatan-kuasa Pembinaan Dewan tersebut.

Setakat ini sudah 40% dari keseluruhan dewan tersebut siap di bina secara gotong royong oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli kedua-dua persatuan.

Ahli-ahli Jawatankuasa berharap agar YB.  Hajjah Zuraidah Kamaruddin selaku Ahli Parlimen Ampang yang juga sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga YB. Puan Hajjah Haniza Mohammad Talha, ADUN Lembah Jaya merangkap Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar dapat membantu agar pembinaan dewan yang amat berguna untuk masyarakat Desa Lembah Permai ini akan dapat disiapkan secepat mungkin bagi kegunaan masyarakat setempat.
Semangat Bergotong Royong telah menjadi suatu yang sebati di jiwa dan dihati nurani penghuni-penghuni yang ingin melihat masyarakat Pangsapuri B2 Desa Lembah Permai bersatupadu mendominasi masadepan
Sementara itu, Pengerusi Muafakat Penduduk Lembah Jaya Utara Saudara Nor Ashraf Mashal Khan telah menyatakan pihaknya telah mendapat makluman bahawa YB. Hajjah Zuraidah Kamaruddin bantuan telah diluluskan dan sekarang sedang menunggu pelan dan segala butiran dan perkembangan  dari pihak Jawatankuasa sebelum peruntukan itu disalurkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DEMO BANTAH JALAN DI TUTUP OLEH MUAFAKAT

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan s...