Ahad, 10 Mac 2019

HARI WANITA PENGHUNI B2

Sempena Hari Wanita Sedunia hari ini 10 Mac 2019 Unit Gerak Wanita yang di ketuai oleh Puan Lili Marliana telah menganjurkan Hari Wanita bagi Penghuni B2 buat pertamakalinya.

Ketika berucap beliau menyatakan bahawa Unit Gerak Wanita Pangsapuri yang bernaung dibawah Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai yang akan menyatukan semua wanita tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Dan akan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk keusahawanan akan turut dianjurkan.

Seramai lebih 50 orang hadir dalam sambutan itu dan Setiausaha Persatuan Penghuni B2 iaitu Akhi Nosa Iskandar juga telah dijemput untuk menerangkan tujuan dan matlamat persatuan tapi sebelum itu Puan Siti Mas Kalsom yang juga Ketua sebuah badan di pangsapuri ini telah di jemput berucap dan beliau berharap agar semua kaum wanita di pangsapuri ini akan kekal bersatu di bawah persatuan yang baru di tubuhkan itu.

Gambar atas kanan: Puan Lili Marlina sedang memberi ucapan dan gambar sebelah kiri kaum wanita sedang asyik mendengar ucapan manakala kedua-dua gambar bawah memperlihatkan hadirin sedang posing dihadapan hidangan yang meneka bawa sendiri ke majlis tersebut, 

Jumaat, 8 Mac 2019

DEWAN BARU DIBANGUNKAN UNTUK KEMUDAHAHAN PENGHUNI

Oleh kerana tiadanya tempat beriadah dan bermesyuarat maka penghuni-penghuni telah mengambil inisiatif sendiri membangunkan dewan kecil untuk bermesyuarat dan beriadah. Dewan MPAJ yang sedia ada tidak dapat digunakan sewenang-wenangnya oleh masyarakat setempat, perlu mohon kebenaran dan membayar sewa.

Para remaja yang masih bersekolah dan kanak-kanak yang ingin beraktiviti tiada tempat yang boleh mereka menjalankan aktiviti dan bermain dengan selesa dan menjadikan mereka tidak dapat membesar dalam suasana yang baik maka Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penghuni B2 dengan kerjasama jawatankuasa Persatuan Muafakat Penduduk Lembah Jaya Utara mengambil keputusan membangunkan dewan tersebut. 

Beberapa pendekatan diambil setelah beberapa rundingan dibuat. Akhirnya suatu muafakat telah disepakati membangunkan dewan tersebut dengan membuat pinjaman peribadi kepada beberapa Ahli dan Ahli Jawatankuasa serta ada juga yang sedia memberikan sumbangan, sementara itu sumbangan dari pihak yang berwajib juga akan di buat permohonan.
Pelan pun dah disiapkan, dengan bajet yang agak sederhana iaitu sekitar RM70,000 ke RM85,000 dengan keluasan 45' x 30' dengan Saudara Zainalabidin Ali diangkat bagi menjadi Pengerusi Jawatan-kuasa Pembinaan Dewan tersebut.

Setakat ini sudah 40% dari keseluruhan dewan tersebut siap di bina secara gotong royong oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli kedua-dua persatuan.

Ahli-ahli Jawatankuasa berharap agar YB.  Hajjah Zuraidah Kamaruddin selaku Ahli Parlimen Ampang yang juga sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga YB. Puan Hajjah Haniza Mohammad Talha, ADUN Lembah Jaya merangkap Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar dapat membantu agar pembinaan dewan yang amat berguna untuk masyarakat Desa Lembah Permai ini akan dapat disiapkan secepat mungkin bagi kegunaan masyarakat setempat.
Semangat Bergotong Royong telah menjadi suatu yang sebati di jiwa dan dihati nurani penghuni-penghuni yang ingin melihat masyarakat Pangsapuri B2 Desa Lembah Permai bersatupadu mendominasi masadepan
Sementara itu, Pengerusi Muafakat Penduduk Lembah Jaya Utara Saudara Nor Ashraf Mashal Khan telah menyatakan pihaknya telah mendapat makluman bahawa YB. Hajjah Zuraidah Kamaruddin bantuan telah diluluskan dan sekarang sedang menunggu pelan dan segala butiran dan perkembangan  dari pihak Jawatankuasa sebelum peruntukan itu disalurkan.

Khamis, 7 Mac 2019

GOTONG ROYONG MUAFAKAT

Suatu Program Gotong Royong akan di buat besar-besaran di Pangsapuri B2 Desa Lembah Permai dengan kerjasama Team Selangor sebagai lanjutan dari Program Perangi Wabak Denggi yang dimulakan dengan Program penyerahan Bunga Perangkap Nyamuk atau Flower MosqTrap yang dilaksanakan oleh YB. Hajjah Haniza Mohamad Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya merangkap Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor pada 3 Mac 2019 lalu.

Saudara Wak Amin Kobro
Wabak Denggi yang mencatatkan kes tertinggi di kawasan perumahan ini membuatkan Jawatankuasa persatuan penghuni yang baru 3 bulan ditubuhkan mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar bagi memerangi habis-habisan Wabak Denggi yang mencatatkan kes tertinggi di Negeri Selangor ini.

Mesyuarat Bersama Persatuan Penghuni B2 dan Team Selangor yang di wakili Saudara Lokman Hakim dan Saudara Helmi dari Team Selangor Zon Ampang telah menetapkan bahawa acara Gotong Royong Muafakat itu akan diadakan mulai 7.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang pada 31 Februari depan. 

Pengisiannya adalah Senamrobik, Pameran Mini, Majlis Penerangan Ringkas mengenai Wabak Denggi dan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan persekitaran. Mesyuarat juga telah mengamanahkan Saudara Wak Amin Kobro sebagai Pengarah Program 

Kempen besar-besaran akan dilakukan agar masyarakat pelbagai kaum, penghuni Desa Lembah Permai khususnya warga Pangsapuri B2 akan turut serta bagi menjayakan program yang amat bermakna ini bagi memastikan wabak denggi yang telah menjangkiti lebih 80 orang penghuni Desa Lembah Permai ini akan terhapus sama sekali.

Di jangka seorang menteri akan melancarkan gotong royong itu nanti bagi memperlihatkan betapa serius dan gigihnya Jawatankuasa Penganjur, Team Selangor dan Ahli Majlis Lembah Jaya. Sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan.

Rabu, 6 Mac 2019

PENGERUSI PENAJA LETAK JAWATAN

14 Januari adalah titik hitam bagi Persatuan Penghuni Blok B2 Desa Lembah Permai kerana perletakan jawatan melalui WhatsApp oleh Pengerusi Penajanya Saudara Abdul Aziz Zain tanpa memberikan alasan kukuh. Ia menjadikan semua Jawatankuasa Penaja panik.

Beberapa siri perbincangan tidak rasmi antara beberapa orang AJK telah berlangsung. Intipati dari perbincangan itu mencari sebab mengapa Saudara Abdul Aziz tiba-tiba menarik diri tanpa memberitahu sebab mesababnya. Akhirnya diputuskan bahawa suatu mesyuarat akan diadakan 14 hari selepas perletakan jawatan itu iaitu pada 27 Januari 2019 dari tarikh perletakan jawatan beliau bagi memberikan masa 2 minggu kepada Saudara Aziz untuk mengubah fikirannya. Ianya juga mengambil kira nasihat oleh Pegawai Pendaftaran Pertubuhan tetapi oleh kerana tidak nampak sebarang reaksi positif dari Saudara Aziz Zain maka terpaksa Jawatankuasa membuat keputusan menerima perletakan jawatan itu dan digantikan dengan Saudara Bahran Mohd Yatim untuk meneruskan  pendaftaran.

Abdul Aziz Zain 
Akhi sengaja menengahkan artikel ini untuk tatapan semua penghuni agar mereka tak salah anggap sama ada hari ini atau pun pada masa depan. Dan sememang ramai yang ingin tau kenapa mantan Pengerusi Penaja itu meletakkan jawatan sedangkan beliau tidak membantah ketika beliau  dilantik  pada 20 November 2018 dulu. Kalau Akhi ada sebarang kesalahan hingga di bullshitkan dalam Grup WhatsApp Ahli Jawatan-kuasa pada 14 January 2019 Akhi sedia memohon maaf tetapi sebaik-baiknya bagi kita yang sudah menjadi sebuah pasukan bukankah elok sesuatu yang perkara dibincangkan secara 4 mata atau sekurang2nya dibawa berbincang sesama Ahli Jawatankuasa yang ada. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Amin Yarabal'alamin.

Walau bagaimana pun Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai ini merakamkan terimakasih atas khidmat yang telah beliau berikan semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan selama menjadi Pengerusi Penaja sebelum meletakkan jawatan dan Akhi secara peribadi memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap Akhi semasa Akhi menjadi Setiausaha sejak dari 20 November 2018 sehingga 14 January 2019.

Selasa, 5 Mac 2019

PERANG TERHADAP WABAK DENGGI

Desa Lembah Permai adalah sebuah kawasan perumahan yang telah mencatatkan wabak denggi tertinggi di Selangor. Terdapat 85 kes yang telah di kenalpasti telah menjangkiti penduduk di lokaliti yang terbabit.

Lantaran itu maka Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri fokus untuk mencari jalan menentang ancaman wabak berkenaan. Begitu juga Ngo-Ngo yang terdapat di kawasan terlibat agar mengambil inisiatif agar melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh membantu kearah menentang wabak yang merbahaya itu.

Oleh yang demikian maka Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Ahli Majlis Zon 11 MPAJ Puan Salmah Ismail untuk menyampaikan Bunga Perangkap Nyamuk atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai "Flower Mosqtrap" kepada penghuni-penghuni di Blok B2 Desa Lembah Permai.

YB. Puan Hajjah Haniza  Talha
Akhirnya dengan rundingan dalam waktu yang singkat maka Jawatankuasa Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai telah mengambil keputusan menganjurkan Majlis Penyampaian Bunga Perangkap Nyamuk atau Flower Mosqtrap itu pada 3 Mac 2019 dengan penyampaiannya dilaksanakan oleh YB. Puan Hajjah Haniza Talha, Ahli Undangan Negeri Lembah Jaya jam 3 petang.

Seramai 50 orang penghuni telah dipilih bagi menerima bunga tersebut dalam majlis di Dewan Baru B2 yang baru di bena dengan inisiatif penduduk sendiri. Dalam ucapannya Hajjah Haniza Talha mengingatkan bahawa penghuni-penghuni di Desa Lembah Permai kenalah menjaga kebersihan dan melakukan apa yang di peringatkan oleh pihak Jabatan Kesihatan bagi mengelakkan wabak denggi yang merbahaya ini terutama denggi berdarah yang boleh meragut nyawa orang yang dijangkitinya. Puan Salmah Ismail pula dalam ucapannya menyatakan penghuni-penghuni harus punyai kesedaran yang tinggi dalam usaha memerangi wabak yang merbahaya itu. Dia mengingatkan bahawa tingginya catatan kes wabak denggi dikawasan Desa Lembah Permai ini hanya akan dapat di benteras dengan kerjasama penduduk setempat.

"Jangan biarkan air bertakung walau sedikit pun sebab Nyamuk Denggi ini boleh membiak di dalam air yang sedikit walaupun hanya sekadar satu sudu kecil sahaja". Walau bagaimana pun pihak MPAJ akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa, ujarnya lagi.

Majlis tersebut telah tamat sekitar jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh kira-kira 85 orang penghuni tetapi yang hanya 50 orang sahaja yang menerima Flower Mosqtrap pada kali ini.

Dibawah ini di turun carta yang menunjukkan kawasan Desa Lembah Permai ini di catatkan dengan warna merah sebagai statusnya.


Jawatankuasa Persatuan Penghuni B2 ini juga akan mengaturkan suatu gotong royong dengan Team Selangor pada 31 Februari 2019 akan datang ini. Perbincangan sudah dimulakan dengan mengadakan mesyuarat bersama pada malam 3 Mac iaitu pada hari yang sama dengan program penyampaian Flower Mosqtrap di siang harinya.






Sementara itu mereka yang telah menerima Flower Mosqtrap akan dikunjungi oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Kesihatan setiap 2 minggu bagi memastikan bahawa alat perangkap nyamuk yang baru di uji itu benar-benar berkesan. Yang telah menerima Flower Mosqtrap itu kena baca penerangan yang dilekatkan pasu bunga tersebut. Jawatankuasa juga mengingatkan kepada yang muslim buatlah solat hajat agar Wabak Denggi ini akan terus terhapus dari Desa Lembah Permai ini. Dan kepada penghuni-penghuni diharap dapat menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ditugaskan dalam gerak-kerja membanteras wabak denggi ini. Jangan sampai maut menjemput disebabkan denggi baru nak bertindak. Kepada Jawatankuasa silalah ingatkan jiran-jiran di aras masing-masing agar tidak memandang ringan masaalah ini kerana wabak ini cepat merebak.


Isnin, 4 Mac 2019

WUJUDNYA PERSATUAN DARI RASA TIDAK PUASHATI

Pada 20 November 2019 telah di tubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang, Selangor. Ianya tercetus apabila Mesyuarat Agung Pengurusan Bangunan (JMB) pada 16 November 2018 gagal dilaksanakan dengan sempurna maka langsung penghuni-penghuni yang punyai wawasan menubuhkan Jawatan-kuasa Bertindak yang di pengerusikan oleh Saudara Aziz Zain dan Puan Dhavi sebagai Setiausahanya. Dibelakang tabir Akhi turut membantu untuk merealisasikan pertemuan penghuni-penghuni itu.

Pertemuan Penghuni yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak pada 20 November 2018
Kenapa tidak sempurna Mesyuarat Agung Pengurusan Bangunan + Penghuni pada 16 November 2018 itu? Kerana kesombongan pihak pengurusan yang tidak mahu mendengar pendapat dari penghuni yang hadir, penyata kewangan tanpa odit yang di bentang dalam mesyuarat itu tetap mau di luluskan walau dibantah. Lalu rasa tidak puashati terus menguasai hati sesetengah dari penghuni yang hadir. Malah ada yang meninggalkan majlis apabila teguran mereka tidak di pedulikan.

Itulah suasana yang terjadi tetapi Alhamdullillah kerana kerosakan itu, hikmah dari ketidaksempurnaan mesyuarat tersebut adalah kewujudan sebuah komuniti yang akan dimantapkan dengan kelahiran sebuah persatuan yang akan memberikan cahaya kebajikan untuk semua penghuni-penghuni yang sudah hampir 12 tahun tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Apakah benar hampir 12 tahun kehidupan disini terbiar begitu saja?. Itulah yang Akhi dengar dari penduduk yang telah lama bermastautin  di sini. Walaupun pada awal pangsapuri dihuni dengar kabarnya ada persatuan ditubuhkan tetapi kerana tidak ada yang berpengalaman untuk mengendalikannya maka lenyaplah ia begitu sahaja. Semoga persatuan yang baru di tubuhkan ini akan terus segar hidup berpanjangan. Tetapi kena ada ramuan yang membolehkan ianya terus ada jiwa dan ada nyawa, tidak berkubur tanpa nesan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Apakah ramuannya? Ramuannya adalah ilmu dan kesatuan hati pengendali-pengendali atau para pengurusnya @ pemimpin-pemimpinnya?

Apakah boleh? Itu tertakluk kepada kepimpinan yang ada. Kena ada keinsafan bahawa kita ada hamba Allah yang seharusnya ada iman dan ada keikhlasan. Ada prinsip dan ada etika. Ada kekuatan jiwa dan semangat. Jangan terus mundur kalau tidak di pedulikan di awal penubuhan persatuan ini atau jika ada sesuatu tidak selari dengan kehendak selera kita. Memang akan ada yang cengkal atau degil apabila kita mahu menganjurkan sesuatu. Tapi kita tidak boleh lemah menghadapinya. Jangan sampai kita ditertawakan apabila persatuan yang ingin kita bina ini akan hancur atau lenyap dipertengahan jalan. Pada Akhi, selalunya ketidakjujuran atau tiada ilmu pengurusan khususnya mengenai pengurusan persatuan, itu akan membuatkan persatuan akan terus beku tidak bergerak. Sementara pemimpin yang jujur dan ikhlas walaupun tak pandai berucap atau mengendalikan mesyuarat dan acara-acara yang berkaitan akan menjadikan sebuah persatuan itu kekal bernyawa dalam waktu yang lama malah ianya akan lebih lama dari siapa yang menubuhkannya. Ada kesinambungan, walau lama telah ditubuhkan tapi kekal bernyawa walaupun yang menubuhkan telah pergi buat selamanya. Hanya kejujuran dan keikhlasan serta ilmu sahaja boleh memantapkan sesebuah persatuan.

Kita kena Istiqamah dan berjiwa kental dalam menghadapi setiap kerenah penghuni di pangsapuri ini. Memang ada enggan bila diminta menjadi Ahli tetapi kita kena sabar dan berikan penjelasan atau pencerahan agar mereka sedia dengan relahati menjadi ahli. 

 Setiausaha Penaja Jawatan
kuasa Bertindak sekarang
Naib Pengerusi Penaja 
Ada rekod yang boleh kita jadikan sebagai kekuatan untuk meneruskan penubuhan persatuan yang kukuh dipangsapuri ini. Ada rekod bahawa hanya dengan 3 hari persediaan yang tidak ada notis panjang atau lama kita berikan tetapi kehadiran atau tindakbalas tidak mengecewakan. Kita hantar jemputan atau notis pada 17 November 2018 untuk pertemuan penghuni pada 20 November 2018 tetapi Alhamdulillah hanya 3 hari tetapi yang hadirnya hampir 200 orang penghuni. Kehadiran yang amat kita harap dan banggakan. Lalu suatu resolusi kita disepakati agar persatuan ini ditubuhkan. 

Kesepakatan ini diteruskan dengan pendaftaran ke Pendaftar Pertubuhan. Tetapi pendaftarannya agak sukar sebab dulu lain caranya tapi kini sudah lain pula caranya. Dulu terus hantar permohonan ke R.O.S  (Registrar of Society) dan maklumat2 yang diperlukan tidak sesulit seperti sekarang ini. Sekarang kena lengkap dengan tempat dan tarikh lahir setiap Ahli Jawatankuasa Penaja dan siap dengan email serta lain-lain maklumat masing-masing. Itu menyebabkan Akhi terus saja ke R.O.S di Putrajaya dan berkomunikasi langsung dengan pegawai-pegawai yang ada disana. Waktu di Putrajaya itu kebetulan Akhi terjumpa seorang kawan yang kebetulan mengenali Akhi, dia rupa-rupanya amat berminat dengan politik semasa langsung menyatakan 'kesediaan untuk membantu'  dan pejabat beliau pula hanya  di Cawangan Damansara. Lalu dengan beliaulah Akhi menyudahi segala keperluan untuk persatuan ini didaftarkan kerana ada persamaan antara kami, sama-sama berminat tentang politik semasa.

Saudara Bahran Mohd Yatim
Mesyuarat Penubuhan pada 20 November itu telah melantik Saudara Abdul Aziz  Zain, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sebagai Pengerusi Penaja persatuan dan Puan Dhavi A/P Ponnan, Saudara Jamil Idris, Saudara Bahran Mohd Yatim pula telah di amanahkan sebagai Naib Pengerusinya. Tetapi Jawatan-kuasa Penaja itu terpaksa di rombak kerana setelah hampir di luluskan, Saudara Abd Aziz Zain pula telah meletakkan jawatan sebulan kemudian, keadaan ini membuatkan satu mesyuarat terpaksa diadakan dan Saudara Abdul Aziz Mohd Zain terpaksa digantikan dengan Saudara Bahran Mohd Yatim sebagai Pengerusi serta Puan Dhavi dikekalkan sebagai Naib Pengerusi, Setiausaha serta Penolongnya adalah Akhi Nosa Iskandar dan Puan Juni Susantie Herman, Mohd Norshahmiran pula dipilih sebagai Bendahari. Saudara Jamil Idris pula pula tidak dipilih semula kerana tiada komitmen sejak mutakhir ini sejak Saudara Aziz Zain meletakkan jawatan.

Jawatankuasanya adalah Saudara Zakaria Sirat (JK Khas), Suhaime Shamsuddin, Ramzi Ahmad, Siti Kalsom Abdullah, Hissham Ismail, Zainalabidin Ali, Wak Amin Kobro, Amiruddin Hashim, James Raj, Razali Mustapa, Fadlullah Ibrahim, Muhammad Nizam Bakar serta Paramespry A/P Samikanoo.

Beberapa siri mesyuarat membincangkan perkembangan2 persatuan

Sementara Unit Gerak Muda di ketuai oleh Mohd Shamsuri Roni, Timbalannya Khairul Hakimi Mohd Hanafiah dengan Setiausahanya Cik S. Ashwini. Unit Gerak Wanitanya pula di ketuai Puan Lili Marlina Jusoh dan Timbalannya Siti Rosmah Shapia'ai. Unit Gerak Muda dan Wanita persatuan akan mengadakan mesyuarat bagi melengkapkan Barisan Jawatankuasa masing-masing dalam masa terdekat.

Sebagai Pengasas Persatuan ini kami Jawantankuasa berharap agar ianya akan teguh bersatu dan kekal abadi pertumbuhannya.....

Teguh Akarnya Menunjangi Bumi
Pucuk Menegak Menerjah Awan
Teguhkan Prinsip Bela Pertiwi

Langkah Di Atur Gerak Pahlawan


DEMO BANTAH JALAN DI TUTUP OLEH MUAFAKAT

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan s...