14 Januari adalah titik hitam bagi Persatuan Penghuni Blok B2 Desa Lembah Permai kerana perletakan jawatan melalui WhatsApp oleh Pengerusi Penajanya Saudara Abdul Aziz Zain tanpa memberikan alasan kukuh. Ia menjadikan semua Jawatankuasa Penaja panik.
Beberapa siri perbincangan tidak rasmi antara beberapa orang AJK telah berlangsung. Intipati dari perbincangan itu mencari sebab mengapa Saudara Abdul Aziz tiba-tiba menarik diri tanpa memberitahu sebab mesababnya. Akhirnya diputuskan bahawa suatu mesyuarat akan diadakan 14 hari selepas perletakan jawatan itu iaitu pada 27 Januari 2019 dari tarikh perletakan jawatan beliau bagi memberikan masa 2 minggu kepada Saudara Aziz untuk mengubah fikirannya. Ianya juga mengambil kira nasihat oleh Pegawai Pendaftaran Pertubuhan tetapi oleh kerana tidak nampak sebarang reaksi positif dari Saudara Aziz Zain maka terpaksa Jawatankuasa membuat keputusan menerima perletakan jawatan itu dan digantikan dengan Saudara Bahran Mohd Yatim untuk meneruskan pendaftaran.
![]() |
| Abdul Aziz Zain |
Akhi sengaja menengahkan artikel ini untuk tatapan semua penghuni agar mereka tak salah anggap sama ada hari ini atau pun pada masa depan. Dan sememang ramai yang ingin tau kenapa mantan Pengerusi Penaja itu meletakkan jawatan sedangkan beliau tidak membantah ketika beliau dilantik pada 20 November 2018 dulu. Kalau Akhi ada sebarang kesalahan hingga di bullshitkan dalam Grup WhatsApp Ahli Jawatan-kuasa pada 14 January 2019 Akhi sedia memohon maaf tetapi sebaik-baiknya bagi kita yang sudah menjadi sebuah pasukan bukankah elok sesuatu yang perkara dibincangkan secara 4 mata atau sekurang2nya dibawa berbincang sesama Ahli Jawatankuasa yang ada. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Amin Yarabal'alamin.
Walau bagaimana pun Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai ini merakamkan terimakasih atas khidmat yang telah beliau berikan semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan selama menjadi Pengerusi Penaja sebelum meletakkan jawatan dan Akhi secara peribadi memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap Akhi semasa Akhi menjadi Setiausaha sejak dari 20 November 2018 sehingga 14 January 2019.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan